Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Jangan Berebutkan Tembikar Pecah
Maksud : Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak berguna.
Jangan Berkemudi Di Haluan
Maksud : Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
Jangan Bersandar Di Punggur
Maksud : Tiada guna mencari perlindungan daripada orang yang sudah …
Jangan Buat Kerbau Tanduk Panjang, Menyenggok Ke Mana-Mana
Maksud : Jangan mencampuri urusan orang lain.
Jangan Diajar Anak Harimau Makan Daging
Maksud : Jangan digalakkan anak orang berkuasa membuat zalim.
Jangan Diajar Orang Tua Makan Kerak
Maksud : Tidak perlu diajar orang yang telah tahu.
Jangan Dicatuk Dengan Yang Tajam, Dicencang Dengan Yang Majal
Maksud : Menasihati seseorang janganlah dengan perkataan yang tajam tetapi …
Jangan Difikirkan Air Pasang Saja
Maksud : Jangan mengharapkan nasib yang baik sahaja.
Jangan Difikirkan Kalau Tebu Itu Bengkok, Manisnya Itu Pun Bengkok Juga
Maksud : Jangan menyangka bahawa nasihat daripada orang yang jahat …
Jangan Digenggam Seperti Bara Api Terasa Hangat Dilepaskan
Maksud : Sia-sia melakukan pekerjaan kalau hanya separuh jalan.