Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Kena Batang Hidung Sendiri
Maksud : Malu akibat perbuatan sendiri.
Kena Luluk Kandang Kering
Maksud : Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.
Kena Pedang Bermata Dua
Maksud : Terlalu sakit hati.
Kena Pukul Di Punggung, Gigi Habis Tanggal
Maksud : Sindiran untuk seorang tetapi terkena pada yang ramai.
Kenal Dadanya, Tak Kenal Mukanya
Maksud : Orang bijak terkenal kerana ilmunya.
Ke Negeri Cacing
Maksud : Mati.
Kepak Singkat, Terbang Nak Tinggi
Maksud : Kemampuan sedikit tetapi bercita-cita tinggi.
Kepala Sama Berbulu, Pendapat Lain-Lain
Maksud : Lain orang, lain fikiran dan pendapatnya.
Kera Diberikan Kaca
Maksud : Mendapat sesuatu yang tidak tahu untuk menggunakannya.
Kera Kena Belacan
Maksud : Tidak boleh duduk diam.