Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Kera Memanjat Pohon, Kura-Kura Pun Hendak Memanjat Juga
Maksud : Hendak meniru pekerjaan yang mustahil baginya.
Kerambil Tumbuh Di Matanya
Maksud : Perempuan yang elok rupa paras dan kaya pula.
Kerana Cenderawasih, Merak Mas Dilepaskan
Maksud : Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama ditinggalkan.
Kerana Bongkak Badan Binasa
Maksud : Kerana sombong, diri sendiri yang susah.
Kerana Emas, Menjadi Emas, Kerana Padi Menjadi
Maksud : Kerana kekayaan yang dimiliki, semua yang dimaksudkan akan …
Kerana Mendengar Bunyi
Maksud : Terpedaya kerana mendengar berita baik.
Kerana Mulut Badan Binasa
Maksud : Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
Kerana Pijat-Pijat Mati Tuma
Maksud : Mendapat kesusahan kerana berkawan dengan orang jahat.
Keras Bagai Batu, Tinggi Bagai Langit
Maksud : Tidak mahu menurut perintah.
Keras Ditakik, Lunak Di Sudu
Maksud : Pemerintahan hendaklah dijalankan dengan bijaksana, iaitu lemah lembut …