Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Memberikan Lauk Kepada Orang Membantai
Maksud : Menolong orang yang tidak memerlukan pertolongan.
Memberi Makan Anjing Di Tembikar, Memberi Makan Gajah Dengan Alat
Maksud : Setiap perbuatan perlu sesuai dengan tempat dan keadaannya.
Membesarkan Kerak Nasi
Maksud : Membazir atau menambah perbelanjaan sehingga tiada lagi simpanan.
Membilang Buah Kerayung
Maksud : Perbuatan yang sia-sia.
Membilang Dari Esa, Mengaji Dari Alif
Maksud : Mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai daripada pangkalnya.
Membilang Kepala Bini, Beranak Tidak Dapat Disuruh
Maksud : Pekerjaan yang tidak tetap selalunya mendatangkan rugi.
Membuang Nasi Yang Tersaji Di Lutut
Maksud : Seseorang yang meninggalkan kerja yang mudah lalu mencari …
Membuat Baik Tiada Dipuji, Membuat Jahat Tiada Dikeji
Maksud : Mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang …
Membuat-Buat Mahu, Menuras Tidak
Maksud : Seseorang yang mencuba hendak melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi …
Membuat Diam-Diam Lepu
Maksud : Berpura-pura baik sementara menunggu peluang untuk berbuat jahat.