Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Membuat Tergigit Lidah

Maksud : Memberikan nasihat yang sia-sia sahaja kepada orang jahat.

Membuhul Jangan Membuku, Mengulas Jangan Mengesan

Maksud : Merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna.

Membuka Langkah Seribu

Maksud : Lari dengan laju kerana ketakutan.

Membuka Pekung Di Dada

Maksud : Mendedahkan keburukan diri dan sengaja mencari malu.

Membungkus Tulang Dengan Daun Talas

Maksud : Menyembunyikan rahsia dengan tidak berhati-hati hingga mudah diketahui …

Memecah Damar Di Atas Loteng

Maksud : Menggunakan simpanan atau menggadaikan harta pusaka untuk menambah …

Memecahkan Tuba

Maksud: Menyiarkan berita yang dapat memudaratkan orang apabila mendengarnya.

Memegang Besi Panas

Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak tetap kerana khuatir …

Memegang Erat, Menggenggam Teguh

Maksud : Pendirian yang teguh.

Memelihara Gajah Putih

Maksud: Menyusahkan diri kerana memelihara atau membina binaan yang cantik …

Previous Next