Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Bersesak-Sesak Bagai Ular Tidur

Maksud : Peri orang yang kesempitan kerana ditagih hutang dan …

Bersesalan Bagai Batak Lari

Maksud : Apabila berlaku sesuatu bencana dalam satu kumpulan, pelbagai …

Bersesapan Belukar

Maksud : Pekerjaan yang tidak sempurna.

Bersihkan Halaman Sendiri Dulu, Baru Bersihkan Halaman Orang

Maksud : Membetulkan diri sendiri dulu sebelum membetulkan orang lain.

Bersilat Kepada Si Buta

Maksud : Menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak dapat menghargai.

Bersimalang Bersimujur

Maksud : Untung-untungan; mengadu untung.

Bersisih Antah Dengan Beras

Maksud : Berasingan orang kaya daripada orang miskin.

Bersukat Darah Baruku Beri

Maksud : Biar mati daripada menyerah begitu sahaja.

Bersukat Darah, Bertimbang Daging

Maksud : Melawan sampai mati.

Bersunting Bunga Keduduk; Berdiri Tidak Sama Tinggi, Duduk Tidak Sama Rendah

Maksud : Suami isteri yang tidak sama darjat keturunannya.

Previous Next