Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Bersuris Bagai Pasir, Berbau Bagai Bacang
Maksud : Kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan.
Bertali Boleh Diheret, Bertampuk Boleh Dijinjing
Maksud : Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada …
Bertambah Gemuk Tubuh Babi Itu, Semakin Kecil Matanya
Maksud : Orang miskin yang beroleh kekayaan akan mementingkan dirinya …
Bertambah Semakin Kurang
Maksud : Kawan yang datang bukan untuk membantu, tetapi menambah …
Bertampar Biar Sama Bercincin, Bertendang Biar Sama Bersepatu, Bercakar Biar Sama Bercanggai
Maksud : Mencari lawan biarlah orang yang sepadan dengan kita.
Bertampuk Bertangkai
Maksud : Ada bukti yang kuat dan kukuh.
Bertanam Tebu Di Bibir
Maksud : Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji.
Bertanam Tebu Di Bibir, Bertanam Halia Di Hati
Maksud : Mulut manis, hati jahat.
Bertandang Membawa Lapik
Maksud : Berkunjung ke rumah orang tetapi membawa bekalan sendiri.
Bertanjak Baru Bertinjau
Maksud : Berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim.