Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Biar-Biar Naik Ke Mata
Maksud : Jangan dilalaikan sesuatu yang akan membahayakan diri sendiri.
Biar Buruk Kain Dipakai, Asal Pandai Mengambil Hati
Maksud : Biarlah miskin tetapi mempunyai budi bahasa yang halus.
Biar Dahi Berluluk, Asal Tanduk Mengena
Maksud : Biar bersusah payah asalkan maksud tercapai.
Biar Jatuh Terletak, Jangan Jatuh Terhentak
Maksud : Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri, lebih baik daripada …
Biar Kurang Garang Asal Lebih Gaya
Maksud : Menunjuk-nunjuk diri sekalipun penakut.
Biar Lambat Asal Selamat
Maksud : Membuat kerja biarlah cermat dan berhati-hati.
Biar Luka Di Dada, Jangan Luka Di Belakang
Maksud : Biar alah kerana melawan daripada alah kerana melarikan …
Biar Mati Berkapankan Kain Cindai Daripada Berkain Kadut
Maksud : Lebih baik mati mulia daripada hidup menanggung malu.
Biar Mati Seperti Kutu, Jangan Mati Seperti Tuma
Maksud : Meskipun sama-sama jahat tetapi biarlah mati dalam kebaikan …
Biar Menyelodok Ke Bawah Rumah, Asal Mendapat Telur Ayam
Maksud : Biarlah melakukan sesuatu yang kurang martabat asalkan mendapat …