Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Biar Merangkak Jangan Menjalar

Maksud : Biarlah melarat sedikit jangan benar-benar melarat.

Biar Miring Asalkan Jangan Terlungkup

Maksud : Biar rugi sedikit, asalkan tidak semua sekali.

Biar Miskin Asal Cerdik, Terlawan Juga Orang Kaya

Maksud : Kebijaksanaan itu akan lebih juga daripada kekayaan.

Biar Nasi Terbuang, Jangan Periuk Pecah

Maksud : Biar anak mati, asal ibunya selamat ketika bersalin.

Biar Pecah Di Perut, Jangan Pecah Di Mulut

Maksud : Betul-betul menyimpan rahsia.

Biar Pecah Perut, Bumi Merekah

Maksud : Tidak mahu melakukan sesuatu.

Biarpun Kucing Naik Haji, Pulangnya Mengeong Juga

Maksud : Pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah.

Biarpun Setandan Bagai Kerambil, Namun Untung Berlain-Lain

Maksud : Walaupun bersaudara kandung, namun nasib mereka berbeza.

Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata

Biar Berputih Tulang, Jangan Berputih Mata

Biar Rebah Jangan Roboh

Maksud : Biar sakit asalkan jangan rugi.

Previous Next