Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Enau Mencari Sigai

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perempuan mencari lelaki.

Categories Peribahasa

Enau Sebatang Dua Sigainya

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seorang perempuan menduakan suaminya atau suatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang.

Categories Peribahasa

Enggan Berdayung Hanyut Serantau

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika tidak tahu dan malas berusaha, celaka akan menimpa sekaum.

Categories Peribahasa

Enggan Seribu Daya, Mahu Sepatah Kata

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika tidak mahu biasanya banyaklah soal jawabnya, tetapi jika hendak sedikit sahaja jawabnya.

Categories Peribahasa

Enggang Apa Kepada Enggang, Orang Apa Kepada Orang

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Senang dan susah kita, kita yang merasakannya, susah dan senang orang, orang itulah yang merasai atau masing-masing menjaga hal sendiri.

Categories Peribahasa

Enggang Lalu Aral Jatuh, Anak Raja Mati Ditimpanya

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.

Categories Peribahasa

Enggang Lalu Ranting Patah

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menerima tuduhan melakukan sesuatu keburukan kerana kebetulan berada di tempat kejadian.

Categories Peribahasa

Enggang Sama Enggang, Pipit Sama Pipit, Manakan Boleh Terbang Bersama-Sama

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perjodohan sesuatu yang tidak sama padan manakan boleh diteruskan.

Categories Peribahasa

Engkap Bagai Rumput Di Tengah Jalan

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hidup merana kerana terlalu miskin atau terlalu sakit.

Categories Peribahasa

Engkau Belum Mencapai Kayuh, Aku Sudah Sampai Ke Seberang

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang bijaksana akan segera mengetahui maksud atau tujuan sesuatu itu hanya daripada cakap dan gerak-geri seseorang.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page126 Page127 Page128 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!