Sebagai Di Kayangan
Maksud : Berasa senang di suatu tempat yang indah. Ayat Contoh : Kebanyakan pendatang asing yang datang mencari makan di negara ini enggan kembali ke negara asal mereka kerana merasakan hidup di sini sebagai di kayangan.
Maksud : Berasa senang di suatu tempat yang indah. Ayat Contoh : Kebanyakan pendatang asing yang datang mencari makan di negara ini enggan kembali ke negara asal mereka kerana merasakan hidup di sini sebagai di kayangan.
Maksud : Berasa aman dan tenteram. Ayat Contoh : Apabila mendapat perlindungan daripada panglima yang gagah itu, Muzaffar dan keluarganya tidak lagi diganggu oleh orang-orang jahat. Mereka berasa selamat sebagai di rumah induk bako.
Maksud : Hilang pedoman. Ayat Contoh : Ada orang Melayu yang telah terpengaruh oleh gaya hidup barat telah memilih untuk hidup sebagai kapal patah kemudi dengan membuang agama yang selama ini mengawal tingkah laku mereka.
Maksud : Merapatkan diri kepada orang yang telah menolongnya. Ayat Contoh : Tukiman sebagai kera mendapat canggung apabila diberi jawatan yang baik di firma milik mentuanya lalu mengambil keputusan untuk tinggal bersama-sama dengan mentuanya yang kaya raya itu.
Maksud : Sangat gembira. Ayat Contoh : Roy sebagai kera mendapat pisang apabila ibu bapanya menghadiahkan sebuah kereta Perodua Kancil sempena hari jadinya yang ke-21.
Maksud : Mudah dan lekas mesra. Ayat Contoh : Meskipun baru pertama kali berjumpa, kanak-kanak di taman bimbingan kanak-kanak itu sebagai kunyit dengan kapur dan seolah-olah sudah kenal lama.
Maksud : Selalu mengekor orang yang berkuasa. Ayat Contoh : Khairy dikatakan sebagai langau di ekor gajah kerana suka mengikut Datuk Jalal ke mana-mana sahaja dengan harapan diberikan sedikit habuan.
Maksud : Pucat lesi. Ayat Contoh : Baru setengah jam bot yang dinaikinya dialun gelombang, Ronaldo mula pening dan muntah. Mukanya pucat sebagai orang mabuk gadung.
Maksud : Masing-masing diam tidak berkata-kata. Ayat Contoh : Bahari dan Khairy yang terserempak secara tidak sengaja dalam majlis itu diam sebagai orang mencacak tonggak saja kerana mereka telah berselisih faham sejak sekian lama.
Maksud : Tidak berguna sama sekali. Ayat Contoh : Van yang remuk akibat berlanggar dengan lori tangki itu rosak sama sekali sebagai petai sisa pengait.