Sebagai Sebiji Sesawi Di Dalam Rumput
Maksud : Tidak dikenali kerana kemiskinan. Ayat Contoh : Tidak payahlah aku pergi ke majlis orang-orang kenamaan itu kerana sebagai sebiji sesawi di dalam rumput, aku tidak dipedulikan oleh sesiapa.
Maksud : Tidak dikenali kerana kemiskinan. Ayat Contoh : Tidak payahlah aku pergi ke majlis orang-orang kenamaan itu kerana sebagai sebiji sesawi di dalam rumput, aku tidak dipedulikan oleh sesiapa.
Maksud : Sesuatu perkara yang sudah sempurna hasilnya kerana dirundingkan dengan baik sebelum mengerjakannya. Ayat Contoh : Keputusan mesyuarat JKKK di kampung itu sebagai tali berlembar empat, sebagai tungku sejerangan dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Maksud : Sangat gelisah dan tidak tenang. Ayat Contoh : Apabila terdengar akan khabar angin bahawa cucunya yang bekerja di bandar terlibat dengan gejala sosial, Tuk Zizah yang tinggal di kampung sangat gelisah dan risau sebagai terpijak batu hangat.
Maksud : Tidak akan mati sebelum tiba waktu yang ditentukan Tuhan. Ayat Contoh : Sebelum ajal berpantang mati memang tepat untuk RSM Kanang Anak Langkau yang telah ditembusi tiga peluru musuh ketika bertempur dengan pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thailand pada tahun 1977 kerana sehingga kini beliau masih hidup.
Maksud : Kerja yang tidak mengikut peraturan akan menyusahkan diri sendiri. Ayat Contoh : Pak Nik menanam sayur terlebih dahulu sebelum memagari kebunnya yang terletak di kawasan kambing berkeliaran menyebabkan kambing-kambing itu memakan semua tanamannya sebelum sempat dipagar. Begitulah kalau sebelum duduk sudah berlunjur.
Maksud : Bahaya besar biasanya didahului dengan tanda dan alamatnya. Ayat Contoh : Sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Jerman telah menyerang Poland di Eropah dan Jepun melanggar China di Asia pada tahun 1937. Begitulah sebelum sampai ke api, bahangnya terasa dulu.
Maksud : Sebelum ditimpa kesusahan, seseorang tidak dapat memikirkan bagaimana kesusahan itu. Ayat Contoh: Sebelum merasai kesengsaraan hidup akibat keganasan tentera Serbia, penduduk Bosnia-Herzegovina tidak pernah terfikir bahawa kesengsaraan mereka sebegitu dahsyat, sebelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.
Maksud : Perangai yang baik atau jahat menunjukkan ilmu yang ada pada seseorang itu. Ayat Contoh : Usahlah hairan kalau Si Ahmad suka memfitnah orang kerana dia tidak pernah diberikan didikan agama oleh ibu bapanya. Bak kata pepatah, seberapa panjang sarung begitulah panjang matanya.
Maksud : Meskipun berat tanggungan, harus ditanggung sendiri juga. Ayat Contoh : Selepas kematian suaminya, Enot terpaksa bekerja tanpa mengenal penat demi menyara anak-anaknya yang ramai itu kerana seberat-berat beban, di atas kepala jua.
Maksud : Walaupun pekerjaan yang dilakukan berat, tetapi menguntungkan. Oleh itu, jangan dibiarkan terlalu begitu sahaja. Ayat Contoh : Walaupun pengajian sarjananya di universiti belum tamat, Anwar sanggup menerima tawaran untuk menjadi guru tuisyen di sebuah sekolah swasta kerana katanya seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.