Seperti Raja Dengan Menteri
Maksud : Bersetuju dalam segala hal. Ayat Contoh : Isteri dan anak-anak Halim seperti raja dengan menteri kerana mengikut sahaja keputusan yang ditetapkan olehnya.
Maksud : Bersetuju dalam segala hal. Ayat Contoh : Isteri dan anak-anak Halim seperti raja dengan menteri kerana mengikut sahaja keputusan yang ditetapkan olehnya.
Maksud : Semakin banyak ilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri. Ayat Contoh : Tidak rugi kalau kita yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menjadi seperti resmi padi, kian berisi kian runduk kerana sifat merendah diri akan menyebabkan diri kita akan dihormati.
Maksud : Selalu dalam keluh-kesah. Ayat Contoh : Anggerik memberitahu kawan-kawannya bahawa dia seperti rusa kena tambat apabila ayahnya berada di rumah kerana tidak lagi bebas untuk ke mana-mana seperti biasa.
Maksud : Tercengang-cengang di tempat baru yang asing baginya. Ayat Contoh : Ketika kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, Yasser kelihatan seperti rusa masuk kampung kerana begitu takjub akan kemajuan bandar raya yang serba moden itu.
Maksud : Selalu berubah. Ayat Contoh : “Susah betul hendak memahami perangai ketua kita itu. Arahannya seperti saga di atas talam, sekejap begini sekejap begitu, tidak berpendirian langsung,” keluh Marina kepada Mastura.
Maksud : Orang miskin yang hidup melarat. Ayat Contoh : Pak Zulhelmi yang telah tua itu sering dianggap seperti sampah hanyut oleh sesetengah penduduk kampung.
Maksud : Suka mencampuri urusan orang lain walaupun tidak disukai. Ayat Contoh : Sikap Zainab yang suka campur tangan dalam apa-apa sahaja urusan keluarga jiran-jirannya menyebabkan dia tidak disukai dan dianggap seperti sang genap, ada orang adalah dia.
Maksud : Dua perkara yang berpadanan benar; sangat sesuai. Ayat Contoh : Ibadat puasa dan zakat fitrah yang diwajibkan pada bulan Ramadan itu jika ditambah pula dengan amalan sunat seperti solat tarawih dan bersedekah seperti santan dengan tengguli dalam meningkatkan ketakwaan seseorang insan.
Maksud : Menyombong atau membanggakan kelebihan diri. Ayat Contoh : Perempuan itu seperti seludang menolakkan mayang kerana tidak putus-putus bercerita tentang suaminya yang kaya-raya.
Maksud : Dalam sesuatu keluarga ada kalanya berselisih juga. Ayat Contoh : Sebuah keluarga yang paling bahagia sekalipun pasti akan berselisih juga sekali-sekala, seperti senduk dengan periuk, sentuh-menyentuh.