Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Hilang Kilat Dalam Kilau

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kepandaian atau kebesaran seseorang tidak kelihatan apabila dia bergaul dengan cerdik pandai atau orang yang lebih kebesarannya.

Categories Peribahasa

Hilang Malu, Tamak Loba Dapat Kebiasaan

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yang terhina.

Categories Peribahasa

Hilang Pelanduk Berganti Kijang Emas

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina, kemudian berkahwin dengan lelaki yang mulia.

Categories Peribahasa

Hilang Rona Kerana Penyakit, Hilang Bangsa Tidak Berwang

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang tidak berharta kurang dihargai orang.

Categories Peribahasa

Hilang Sepuh Nampak Senam

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kejahatan seseorang akan diketahui apabila rahsianya terbuka.

Categories Peribahasa

Hilang Tak Tentu Rimbanya

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hilang tanpa bekas.

Categories Peribahasa

Hilang Tapak Tukul, Timbul Tapak Canai

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perbuatan baik atau jahat akan hilang kerana dilindungi oleh perbuatan orang selepas itu.

Categories Peribahasa

Hilang Tentu Rimbanya, Mati Tentu Kuburnya

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suatu perkara yang tentu kesudahannya.

Categories Peribahasa

Hilang Tukul Hilanglah Pahat

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman.

Categories Peribahasa

Hinggap Mencengkam, Terbang Menumpu

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yang sesuku dan apabila hendak pulang mestilah memberitahu orang itu juga.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page141 Page142 Page143 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!