Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Hinggap Saja Bagai Langau, Titik Saja Bagai Hujan

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suatu kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja.

Categories Peribahasa

Hitam Bagai Pantat Belanga

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal keburukan perangai seseorang.

Categories Peribahasa

Hitam Dikatakan Putih, Putih Dikatakan Hitam

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak mengatakan yang sebenarnya; berbohong.

Categories Peribahasa

Hitam Gagak Tiada Siapa Yang Mencelupnya

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang berlaku jahat dengan kehendaknya sendiri.

Categories Peribahasa

Hitam-Hitam Bendi, Putih-Putih Sadah

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Yang buruk lebih berharga daripada yang cantik.

Categories Peribahasa

Hitam-Hitam Gajah, Putih-Putih Udang Kepal

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walau bagaimanapun sekalipun rupanya, yang hina tetap hina dan yang mulia tetap mulia.

Categories Peribahasa

Hitam-Hitam Gula Jawa

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ditujukan kepada orang yang hitam kulitnya tetapi manis rupanya.

Categories Peribahasa

Hitam-Hitam Kereta Api, Putih-Putih Kapur Sirih

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.

Categories Peribahasa

Hitam-Hitam Tahi Minyak Dimakan Juga, Putih-Putih Hampas Kelapa Dibuang

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Barang yang buruk tetapi berharga, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

Categories Peribahasa

Hitam Mata Itu Takkan Boleh Bercerai Dengan Putihnya

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang dalam percintaan tidak dapat dipisahkan.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page142 Page143 Page144 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!