Seperti Bulan Kesiangan Hari
Maksud : Muka yang pucat dan murah. Ayat Contoh : Wajah Tun Fatimah yang cantik itu menjadi seperti bulan kesiangan hari apabila dikahwini oleh Sultan Mahmud yang pernah membunuh suami, ayah, abang, dan mentuanya
Maksud : Muka yang pucat dan murah. Ayat Contoh : Wajah Tun Fatimah yang cantik itu menjadi seperti bulan kesiangan hari apabila dikahwini oleh Sultan Mahmud yang pernah membunuh suami, ayah, abang, dan mentuanya
Maksud : Bunyi suara yang sayu dan sedih. Ayat Contoh : Suara merayu-rayu daripada anak-anak yatim yang meminta belas kasihan itu terasa seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari.
Maksud : Muka yang merah kerana marah. Ayat Contoh : Apabila mengetahui bahawa isterinya, Sita Dewi diculik oleh Maharaja Rawana, Seri Rama menjadi sangat marah dan mukanya merah seperti bunga raya kembang pagi.
Maksud : Wanita yang dikasihi ketika muda tetapi ditinggalkan setelah tua. Ayat Contoh : Perkahwinan bermaksud ikatan dua hati untuk sama-sama sehidup semati, bukan hanya untuk berseronok ketika muda seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang.
Maksud : Suara yang tidak sedap didengar. Ayat Contoh : “Suara seperti bunyi gong pecah ada hati hendak menjadi penyanyi,” kata Harisah kepada abangnya.
Maksud : Kata-kata yang tidak jelas. Ayat Contoh : Suara Encik Kamarul seperti bunyi gong tertangkup. Oleh sebab itu, kami tidak faham akan apa-apa yang diperkatakannya.
Maksud : Walaupun telah ke luar negara namun sifat buruknya tidak berubah. Ayat Contoh : Walaupun sudah banyak negara yang dijelajahi oleh Azfarul namun perangai pemalasnya tetap tidak berubah. Dia seperti burung gagak pulang ke benua.
Maksud : Hina dan keji. Ayat Contoh : Hartawan yang tinggal di banglo mewah di atas bukit itu amat membenci pengemis. Dia menganggap orang miskin seperti cacing di pelimbah.
Maksud : Gelisah kerana sakit, malu, atau susah. Ayat Contoh : Saadiah seperti cacing kepanasan apabila ternampak akan bekas suaminya turut berada di majlis yang dihadirinya itu.
Maksud : Ibu bapa menghimpunkan harta tetapi anak-anak menghabiskannya. Ayat Contoh : Anak-anak Tan Sri Aman itu dianggap seperti cebok dengan tempayan kerana hanya tahu menghabiskan harta yang dikumpulkan oleh bapa mereka.