Seperti Cencaru Makan Petang

Maksud : Mendapat kemenangan pada saat-saat akhir sesuatu pertandingan. Ayat Contoh : Setelah sekian lama berhabisan wang untuk membangunkan perniagaannya, akhirnya Baisudin berjaya dan kini dia bergelar jutawan. Usahanya seperti cencaru makan petang.

Seperti Cicak Makan Kapur

Maksud : Beroleh malu kerana kesalahan sendiri. Ayat Contoh : Baisudin seperti cicak makan kapur apabila dia beria-ia melaporkan keburukan perangai Maimun sedangkan ketuanya sudah kenal benar akan hati budi gadis yang mulia itu.

Seperti Cina Karam

Maksud : Riuh-rendah atau hingar-bingar. Ayat Contoh : Kamal memarahi anak-anaknya yang makan sambil bertengkar. Katanya bising seperti Cina karam.

Seperti Dedalu Api Hinggap Di Pohon Kayu; Hinggap Di Batang, Batangnya Mati, Hinggap Di Ranting, Rantingnya Patah

Maksud : Jika orang jahat mencampuri orang baik, rosaklah orang baik itu. Ayat Contoh : Ustaz Alif melarang keluarganya bergaul rapat dengan jiran mereka yang tidak pernah ke masjid dan suka akan maksiat kerana dia merasakan bahawa mereka itu seperti dedalu api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya … Read more

Seperti Delima Merekah

Maksud : Perihal mulut serta gigi yang bagus. Ayat Contoh : Semua orang yang bercakap dengan Khaizura akan tertarik oleh bibirnya yang nipis dan merah serta sebaris gigi yang cantik seperti delima merekah.

Seperti Denak Mencari Lawan

Maksud : Seseorang yang gagah berani. Ayat Contoh : Pendekar Mustar sering berkunjung ke kampung jiran dengan tujuan untuk mencari sesiapa yang mahu berlawan silat dengannya. Tingkahnya dikatakan seperti denak mencari lawan.