Seperti Air Di Dalam Kolam
Maksud : Orang yang bersikap tenang. Ayat Contoh : Walaupun disoal secara bertubi-tubi oleh pegawai polis itu, wajah pemuda itu tetap seperti air di dalam kolam.
Maksud : Orang yang bersikap tenang. Ayat Contoh : Walaupun disoal secara bertubi-tubi oleh pegawai polis itu, wajah pemuda itu tetap seperti air di dalam kolam.
Maksud : Merujuk kepada orang yang sangat bakhil atau kikir. Ayat Contoh : Pak Johari seperti air digenggam tak tiris kerana tidak pernah menderma walaupun hidupnya mewah.
Maksud : Dua orang yang saling membantu dalam melakukan pekerjaan. Ayat Contoh : Semua orang yakin bahawa projek ternakan kambing biri-biri yang dijalankan oleh Rabani dan Takiudin itu akan berjaya kerana mereka sentiasa saling membantu seperti alu dengan lompang.
Maksud : Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin. Ayat Contoh : Usaha Tukiman menggali parit untuk mengalirkan air sungai ke sawahnya berjaya juga akhirnya kerana dia bekerja seperti anai-anai makan kayu.
Maksud : Rakyat kehilangan pemimpin atau berpisah dengan sahabat karib. Ayat Contoh : Rakyat negeri itu seperti anak ayam kehilangan ibu setelah raja mereka mati dibunuh.
Maksud : Orang-orang yang tamak dan berebut harta. Ayat Contoh : Anak-anak arwah Bahaman seperti anjing berebut tulang kerana berebut harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka.
Maksud : Orang yang terlalu suka kerana memperoleh sesuatu yang disukainya. Ayat Contoh : Budak itu seperti anjing berjumpa pasir apabila dihadiahkan sebuah basikal oleh bapanya. Setiap hari, basikal itu ditunggangnya ke sana ke mari.
Maksud : Orang jahat dan tamak mendapat sesuatu dengan mudahnya. Ayat Contoh : Kegiatan Mat Rudah dalam pengedaran dadah akhirnya telah dapat dikesan oleh pihak polis setelah sekian lama hidupnya mewah seperti anjing beroleh bangkai.
Maksud : Orang yang tamak dan ingin memiliki harta orang lain tetapi akhirnya hartanya sendiri yang habis. Ayat Contoh : Kim Swee membakar kedainya untuk mendapatkan ganti rugi yang banyak daripada syarikat insurans tetapi dia ditangkap polis dan dihukum kerana cuba menipu. Jadilah dia seperti anjing dengan bayang-bayang.
Maksud : Orang yang selalu bertengkar dan bergaduh apabila bersua muka. Ayat Contoh : Walaupun Azad dan Nabil saudara kembar namun mereka berdua seperti anjing dengan kucing kerana mereka pasti bertengkar apabila bertemu.