Seperti Kucing Kehilangan Anak
Maksud : Sangat gelisah dan tidak tentu arah. Ayat Contoh : Marina menjadi seperti kucing kehilangan anak apabila anak-anaknya yang pergi berkelah di air terjun itu belum pulang walaupun hari sudah menjelang senja.
Maksud : Sangat gelisah dan tidak tentu arah. Ayat Contoh : Marina menjadi seperti kucing kehilangan anak apabila anak-anaknya yang pergi berkelah di air terjun itu belum pulang walaupun hari sudah menjelang senja.
Maksud : Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya. Ayat Contoh : Rafique nampak baik dan boleh dipercayai ketika menguruskan surau itu tetapi pantang ada orang tertinggal wang atau barang berharga di surau tersebut, dia akan mengambil untuk dirinya. Dia seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku.
Maksud : Percakapan yang tidak tentu hujung pangkalnya. Ayat Contoh : Orang tua yang bercakap seperti kuda kencing di papan itu tidak dipedulikan oleh orang-orang di pasar kerana mereka menganggapnya tidak siuman.
Maksud : Orang yang mahu melakukan sesuatu yang mustahil dapat dilakukannya. Ayat Contoh : Dhijee cacat kedua-dua belah kakinya tetapi bercita-cita mahu menjadi pelumba kereta. Keinginannya itu seperti kura-kura hendak memanjat pohon kayu.
Maksud : Orang sakit yang terbaring dan tidak berdaya. Ayat Contoh : Sejak tulang belakangnya remuk dalam kemalangan jalan raya dulu, Sabri seperti kura-kura terlentang. Dia hanya boleh bergerak dengan bantuan orang lain.
Maksud : Kasih sayang atau cinta yang mendalam sekali. Ayat Contoh : Walaupun terpaksa menanggung pelbagai kepayahan, namun ibu-ibu yang menjadi pelarian itu tetap membawa anak-anak mereka untuk meninggalkan kawasan peperangan. Begitulah kasihnya ibu seperti labah-labah cinta kepada telurnya.
Maksud : Sangat bongkak atau sombong. Ayat Contoh : Memang sukar untuk berbincang dengan orang yang seperti labu dibenam. Apa-apa sahaja cadangan orang dia enggan menerima kerana menganggap ideanya sahaja yang baik.
Maksud : Berpusing-pusing tidak tentu arah, bingung, atau hilang akal. Ayat Contoh : Budak-budak yang sesat di hutan itu berjalan seperti lalat buta kerana tanpa disedari, mereka telah melalui tempat yang sama berulang kali.
Maksud : Hidup yang sangat melarat. Ayat Contoh : Hidup Tuk Wahub seperti lampu kehilangan minyak kerana tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.
Maksud : Banyak sekali bezanya. Ayat Contoh : Sikap Wahab dan Wahib seperti langit dengan bumi walaupun mereka saudara kembar.