Rajin Bekerja Mudah Belanja
Maksud : Orang yang rajin bekerja tentulah senang hidupnya. Ayat contoh : Keluarga Mustamin tidak pernah kesempitan wang kerana mereka rajin bekerja. Bak kata orang, rajin bekerja mudah belanja.
Maksud : Orang yang rajin bekerja tentulah senang hidupnya. Ayat contoh : Keluarga Mustamin tidak pernah kesempitan wang kerana mereka rajin bekerja. Bak kata orang, rajin bekerja mudah belanja.
Maksud : Setiap orang ada kemahuan sendiri. Ayat contoh : Jururawat sering diingatkan agar sentiasa bersabar dan cuba memahami pelbagai kerenah para pesakit kerana ramai beragam rimbun menyelara.
Maksud : Orang muda yang berfikiran seperti orang-orang tua atau orang muda yang tahu menilai buruk dan baik akan sesuatu. Ayat contoh : Danish baru berusia belasan tahun tetapi jika menghadapi masalah, dia mampu berfikir dan bertindak seperti orang dewasa. Dia dikatakan rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya.
Maksud : Setiap orang berlainan pendapatnya. Ayat contoh : Kita tidak boleh mengandaikan bahawa semua orang akan setuju dengan pendapat kita kerana rambut sama hitam, hati masing-masing.
Maksud : Cerita yang tidak masuk akal. Ayat contoh : Orang-orang di kedai kopi hanya ketawa apabila mendengar cerita Wahid bahawa dia ada membela ular yang berkaki dan biawak yang berkepala dua kerana mereka tahu bahawa cerita itu seumpama rantai besi dimakan bubuk.
Maksud : Harta atau anak buah yang jauh atau dekat harus dijaga supaya selamat. Ayat contoh : Demang menugaskan hulubalang-hulubalangnya mengawasi segenap ceruk rantau yang berada di bawah pemerintahannya agar tidak dicerobohi musuh. Baginya rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendanai.
Maksud : Marah apabila mendengar sesuatu perkataan yang tidak patut. Ayat contoh : Rasa pedih cuping telinga aku mendengar sumpah seranah Pak Cik Mustapha yang bermulut lancang itu.
Maksud : Setiap orang akan pulang atau mencari golongan sendiri. Ayat contoh : Sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di universiti hidup berkelompok mengikut wilayah dan kaum sendiri kerana rasam minyak ke minyak.
Maksud : Orang yang sudah berumur sukar untuk menerima didikan lagi. Ayat contoh : Kanak-kanak prasekolah merupakan tahap yang paling berkesan untuk diberi didikan asas agama kerana rebung apabila sudah menjadi buluh payah hendak dilenturkan lagi.
Maksud : Orang yang berkaitan hanya berdiam diri; sebaliknya orang luar pula ikut campur. Ayat contoh : Rakyat yang diperintah oleh diktator itu tidak pernah merungut atau menentang tetapi beberapa pertubuhan bukan kerajaan dari luar negara telah membuat protes secara terang-terangan terhadap pemerintah itu. Bak kata pepatah, rebung tak miang, bemban pula miang.