Pinang Pulang Ke Tampuk
Maksud : Sudah cocok benar, sudah pada tempatnya. Ayat contoh : Banyak bandar baharu yang dibina mengamalkan konsep kota dalam taman seperti pinang pulang ke tampuk kerana keadaan persekitaran seolah-olah berada di desa.
Maksud : Sudah cocok benar, sudah pada tempatnya. Ayat contoh : Banyak bandar baharu yang dibina mengamalkan konsep kota dalam taman seperti pinang pulang ke tampuk kerana keadaan persekitaran seolah-olah berada di desa.
Maksud : Perempuan tua tetapi berkelakuan seperti perempuan muda. Ayat contoh : Kak Bedah sudah lama bersara daripada perkhidmatan awam tetapi dia dikata pinang tua merah ekor kerana masih bergaya seperti orang muda.
Maksud : Suami isteri, keluarga, atau sahabat ada kalanya berselisih juga. Ayat contoh : Perselisihan faham antara saudara-mara merupakan perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan kerana pinggang dengan mangkuk salah sedikit hendak terantuk.
Maksud : Ejekan kepada perempuan yang gemuk dan besar pinggangnya. Ayat contoh : Perempuan yang pinggang ramping bagai ketiding itu kelihatan buruk benar apabila memakai skirt ketat yang pendek.
Maksud : Meminjam barang orang dan tidak memulangkannya semula. Ayat contoh: “Pak Kodi! kapak dan parang yang dipinjam bulan lepas janganlah jadi pinjam kayu ara kerana saya pun mahu menggunakannya,” kata Johan.
Maksud : Pipi yang licin dan bentuknya seperti pauh atau mempelam. Ayat contoh : Lihatlah betapa cantiknya gadis itu, muka bujur telur, kulit putih kuning, dan pipi pauh dilayang.
Maksud : Sudah dapat kata sepakat. Ayat contoh : Penduduk kampung telah sebulat suara mahu menubuhkan koperasi kerjasama di kampung itu. Bagi mereka, pipih boleh dilayangkan, bulat boleh digulungkan
Maksud : Jawapan untuk menolak sesuatu tuduhan tentang kejahatan. Ayat contoh : Jangan begitu mudah menuduh Zakaria yang membocorkan tayar kereta Cikgu Salman kerana pipit bukan seekor, jagung bukan sebatang.
Maksud : Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan. Ayat contoh : Kerani itu didakwa kerana pecah amanah wang syarikat akibat mahu memenuhi kehendak teman wanitanya yang mahukan kemewahan. Begitulah kalau pipit hendak menjadi enggang.
Maksud : Tiap-tiap sesuatu itu menurut taraf masing-masing. Ayat contoh : Kita orang miskin. Bak kata orang, biarlah pipit itu, pipit juga lawannya.