Seekor Kerbau Berkubang, Sekandang Kena Loloknya
Maksud: Seorang yang melakukan kesalahan, semuanya terlibat sama. Ayat Contoh: “Saya akan menyiasat perkara ini. Saya tidak mahu kelak seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya.
Maksud: Seorang yang melakukan kesalahan, semuanya terlibat sama. Ayat Contoh: “Saya akan menyiasat perkara ini. Saya tidak mahu kelak seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya.
Maksud : Seorang yang membuat salah semuanya mendapat nama buruk. Ayat Contoh : Segelintir pendatang asing telah didapati melakukan jenayah tetapi masyarakat tempatan merasakan bahawa semua pendatang asing itu sama. Bak kata pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
Maksud : Jaraknya sesuatu tempat, menurut ukuran zaman dahulu. Ayat Contoh : Lebar sungai yang bakal kita seberangi nanti seelok-elok makan peluru meriam.
Maksud : Kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian yang besar dalam hidup dan bencanalah akibatnya. Ayat Contoh : Segan bergalah hanyut serantau terjadi kepada Mazlan yang malas bekerja ketika mempunyai pekerjaan, kini dia dipecat dan hidup melarat.
Maksud : Kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan. Ayat Contoh : “Jika tidak faham akan sesuatu, jangan malu bertanya, nanti kamu juga yang susah. Kata orang segan bertanya sesat jalan,” kata ayah kepada Azlan.
Maksud : Selagi perempuan itu muda dan cantik dia disayangi tetapi setelah tua dia ditinggalkan. Ayat Contoh : Suryati sedar bahawa pekerjaannya sebagai model di syarikat itu hanya sementara badannya masih segar dan wajahnya masih cantik, tetapi apabila sudah tua dia tidak diperlukan di syarikat itu lagi. Bak kata orang, segar dipakai layu dibuang.
Maksud : Menjadikan sesuatu itu bertambah berganda-ganda. Ayat Contoh : Mujabir menjual tanahnya yang sekangkang kera itu lalu dijadikan modal perniagaan dan kini hartanya telah bertambah berlipat kali ganda. Begitulah kalau segenggam digunungkan, setitik dilautkan.
Maksud : Usaha yang sedikit demi sedikit lama-lama akan berhasil juga. Ayat Contoh : Pak Muhayat membina rumah besar itu seorang diri tetapi berkat ketekunan dia berjaya menyiapkannya dengan sempurna. Itulah yang dikatakan sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
Maksud : Sudah satu-satu nafasnya. Ayat Contoh : Wak Jemin yang terbaring kaku dengan nafas sehembus naik, sehembus turun itu dikelilingi oleh anak dan cucunya sambil membaca surah Yasin.
Maksud : Bersatu padu dalam segala hal. Ayat Contoh : Sesuatu bangsa yang hidup seikat bagai sirih, serumpun bagai serai memang sukar untuk dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat yang mahu meruntuhkan bangsa tersebut.