Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Berkuah Sama Menghirup, Bersambal Sama Mencolek

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Persahabatan yang sangat karib.

Categories Peribahasa

Berkuak Pedang, Membelah Buluh

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.

Categories Peribahasa

Berkubu Sebelum Alah

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

Categories Peribahasa

Belayar Atas Angin

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berbuat sesuatu dengan perbelanjaan orang lain dahulu.

Categories Peribahasa

Belayar Bernakhoda, Berjalan Dengan Yang Tua

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih berpengalaman.

Categories Peribahasa

Belayar Bernakhoda, Berjalan Dengan Yang Tahu, Berkata Dengan Yang Pandai

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang ahli supaya selamat.

Categories Peribahasa

Belayar Menentang Menuju Pulau

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya.

Categories Peribahasa

Belayar Sambil Memapan, Merapat Sambil Belayar

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sekali melakukan pekerjaan; dua tiga maksud tercapai.

Categories Peribahasa

Berlidah Di Lidah Orang

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menurut sahaja kata orang.

Categories Peribahasa

Berlindung Di Balik Telunjuk

July 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page72 Page73 Page74 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!