Tangan Kanan Jangan Dilepas Sebelum Tangan Kiri Dapat Berpegang
Maksud : Jangan berhenti kerja sebelum mendapat kerja yang baru. Ayat Contoh : Setelah diterima bekerja di firma itu, baharulah Johari melepaskan jawatannya di jabatan kerajaan. Dia berbuat demikian kerana dia tahu bahawa tangan kanan jangan dilepas sebelum tangan kiri dapat berpegang.