Maksud : Orang yang baik budi bahasanya akan disayangi oleh orang ketika hidup dan dikenang oleh orang sesudah mati.
Contoh Ayat : Puan Salmah sentiasa berbudi bahasa dan suka membantu jiran tetangga sehingga beliau disayangi semasa hidup dan tetap dikenang selepas meninggal dunia; benarlah elok bahasa kan bekal hidup, elok budi kan bekal mati.