Elok Basa Kan Bakal Hidup, Elok Budi Kan Bakal Mati

Maksud : Orang yang baik bahasanya akan menjadi kesayangan orang sewaktu hidup dan akan sentiasa dikenang sesudah mati.

Contoh Ayat : Allahyarham Cikgu Salleh sentiasa bercakap dengan sopan dan berbudi bahasa sehingga beliau disayangi semasa hidup dan terus dikenang selepas pemergiannya; benarlah elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati.