Rasam Minyak Ke Minyak
Maksud : Setiap orang akan pulang atau mencari golongan sendiri. Ayat contoh : Sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di universiti hidup berkelompok mengikut wilayah dan kaum sendiri kerana rasam minyak ke minyak.
Maksud : Setiap orang akan pulang atau mencari golongan sendiri. Ayat contoh : Sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di universiti hidup berkelompok mengikut wilayah dan kaum sendiri kerana rasam minyak ke minyak.
Maksud : Orang yang sudah berumur sukar untuk menerima didikan lagi. Ayat contoh : Kanak-kanak prasekolah merupakan tahap yang paling berkesan untuk diberi didikan asas agama kerana rebung apabila sudah menjadi buluh payah hendak dilenturkan lagi.
Maksud : Orang yang berkaitan hanya berdiam diri; sebaliknya orang luar pula ikut campur. Ayat contoh : Rakyat yang diperintah oleh diktator itu tidak pernah merungut atau menentang tetapi beberapa pertubuhan bukan kerajaan dari luar negara telah membuat protes secara terang-terangan terhadap pemerintah itu. Bak kata pepatah, rebung tak miang, bemban pula miang.
Maksud : Perangai anak akan sama dengan perangai orang tuanya. Ayat contoh : Kesemua anak pelakon veteran itu menceburkan diri dalam bidang yang berkaitan dengan hiburan. Begitulah kalau rebung tidak jauh dari rumpun.
Maksud : Pendirian yang tetap dan tidak berubah. Ayat contoh : Penceramah politik itu berasa kecewa kerana banyak penduduk kawasan itu rebus tak empuk dan menolak fahaman politik yang dibawanya.
Maksud : Hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja. Ayat contoh : Kimi sudah tidak peduli redup atau panas keras kerana keputusannya untuk meletak jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan dan bertanding dalam pilihan raya sudah muktamad.
Maksud : Biar sedikit sekalipun tetap diterima juga. Ayat contoh : Bagi orang miskin, setiap bantuan yang dihulur amat besar ertinya kerana bagi mereka rembes dipalit, titik ditampung.
Maksud : Untuk menyatakan harapan yang sangat besar. Ayat contoh : “Rendah gunung, tinggi harapan hamba untuk menjemput datuk sekalian menjamu selera di teratak hamba di pinggir kota sana,” kata Tok Penghulu.
Maksud : Setuju; semuafakat. Ayat contoh : Dengan rentak sedegam, langkah sepijak, akhirnya penduduk-penduduk Kampung Pusu Empat berjaya menjadikan kampung mereka Kampung Contoh bagi peringkat negeri.
Maksud : Perselisihan kecil boleh didamaikan, perselisihan besar sukar hilangnya. Ayat contoh : Perbalahan antara negara-negara Arab dengan Israel yang sudah berdekad-dekad lamanya itu memerlukan banyak masa dan pengorbanan yang tinggi untuk didamaikan kerana retak kayu boleh disimpan, retak piring susah hilangnya.