Retak Menanti Belah
Maksud : Perselisihan yang kecil akan menjadi besar pada bila-bila masa sahaja. Ayat contoh : Pertengkaran antara Boy dengan Girl itu umpama retak menanti belah kepada persahabatan mereka.
Maksud : Perselisihan yang kecil akan menjadi besar pada bila-bila masa sahaja. Ayat contoh : Pertengkaran antara Boy dengan Girl itu umpama retak menanti belah kepada persahabatan mereka.
Maksud : Keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain. Ayat contoh : Kalau sudah ditakdirkan Shihan yang mendapat tender membina jalan ke kampung itu tentulah dia yang akan memperolehnya, bukan orang lain kerana rezeki helang tak akan dapat dimakan oleh musang.
Maksud : Pencarian yang sukar. Ayat contoh : Disebabkan rezeki meninggi di negara mereka, banyak tenaga buruh asing berhijrah ke Malaysia untuk mencari kerja bagi meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka.
Maksud : Segala yang dikerjakan mendatangkan untung. Ayat contoh : Kalau sudah rezeki merendah, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang itu akan menghasilkan pendapatan untuknya.
Maksud : Sesuatu barang hendaklah dijaga baik-baik supaya selamat. Ayat contoh : Anak-anak Roy Victor menjadikan rumah pusaka peninggalan mendiang ibu bapa mereka sebagai muzium keluarga untuk mengekalkan semua harta peninggalan mendiang di situ. Bagi mereka rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi.
Maksud : Jangan terlalu mesra bergaul dengan orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat. Ayat contoh : Walaupun engkau berkawan rapat dengannya, namun janganlah mesra yang keterlaluan. Aku bimbang jika berlaku perselisihan, persahabatan mudah menjadi renggang kerana rindu ada batasnya, maka manis akan jadi cuka.
Maksud : Cepat diusul, cepat bekerja, dan suka menolong. Ayat contoh : Intan disenangi oleh sesiapa pun kerana dia seorang yang ringan kaki, ringan tangan.
Maksud : Banyak bercakap tetapi malas meninggalkan tempat duduk. Ayat contoh : Perempuan gemuk yang menjadi tukang masak itu ringan mulut, berat punggung kerana selalu menyuruh orang lain untuk mengambil barang-barang yang diperlukannya.
Maksud : Saling menolong ketika senang atau susah. Contoh Ayat : Semasa menjayakan program gotong-royong, para penduduk menunjukkan semangat ringan sama dijinjing, berat sama dipikul tanpa mengira usia dan pangkat.
Maksud : Rajin bekerja murah rezeki. Ayat contoh : Tuk Kapit selalu berpesan kepada cucu-cucunya supaya ringan tangan, berat perut agar kesenangan hidup dapat dicapai.