Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Adapun Kata, Ada Pangkalnya

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Setiap sesuatu ada asal usulnya.

Categories Peribahasa

Adapun Manikam Itu Dijatuhkan Ke Dalam Limbahan Sekalipun, Nescaya Tidak Akan Hilang Cahayanya

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang asalnya baik-baik itu walaupun miskin dan hina, namun budi bahasanya tetap ada.

Categories Peribahasa

Ada Rotan, Ada Duri

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Untuk mendapatkan kesenangan perlu menempuh kesusahan dahulu.

Categories Peribahasa

Ada Rupa, Ada Harga

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Harga sesuatu barang bergantung pada keindahan rupa bentuk dan buatannya.

Categories Peribahasa

Ada Sampan Hendak Berenang

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ada cara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah.

Categories Peribahasa

Ada Seperti Nampaknya Apung-Apung

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

Categories Peribahasa

Ada Sirih Hendak Makan Sepah

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ada yang baik tetapi hendak yang buruk.

Categories Peribahasa

Ada Tangga Hendak Memanjat Tiang

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berbuat sesuatu tidak mengikut peraturan, lebih suka mencari kesusahan walaupun ada jalan mudah.

Categories Peribahasa

Adat Bernegeri Memagar Negeri, Adat Berkampung Memagar Kampung

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak mementingkan diri sendiri tetapi berbuat sesuatu untuk kebaikan bersama.

Categories Peribahasa

Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Adat

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Adat resam yang diamalkan perlu selari dan tidak bertentangan dengan agama kerana kedua-duanya saling berkait.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 Page2 Page3 Page4 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!