Tertangkap Basah
Maksud : Tertangkap ketika sedang beraksi dalam kejahatan. Ayat Contoh : Mat Azahari tertangkap basah oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama ketika sedang berdua-duaan dengan seorang janda di sebuah rumah kosong.
Maksud : Tertangkap ketika sedang beraksi dalam kejahatan. Ayat Contoh : Mat Azahari tertangkap basah oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama ketika sedang berdua-duaan dengan seorang janda di sebuah rumah kosong.
Maksud : Berlawan atau bersaing dengan orang yang lebih berani. Ayat Contoh : Encik Hamzah seorang yang miskin dan tidak berpengaruh tetapi telah berjaya mengalahkan Encik Idris yang banyak kenalan daripada kerabat diraja ketika berebut untuk mendapatkan tender memajak Pulau Antah. Dia dikatakan tertangkap di ikan kalang.
Maksud : Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam dan susah untuk mengubatinya. Ayat Contoh : Berhati-hatilah dalam tutur kata serta perbuatan terutama kepada orang yang rapat. Jangan sampai ada yang tersinggung perasaannya, tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.
Maksud : Ahli waris yang bersenang hati dalam masa perkabungan kerana mendapat harta pusaka. Ayat Contoh : Baru seminggu Datuk Huzir dikebumikan tetapi anak-anaknya sudah tertawa dengan perkabungan kerana dapat mewarisi harta peninggalan ayah mereka.
Maksud : Menolong orang yang kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti. Ayat Contoh : Kalau Mahathir mahu melanjutkan pelajaran ke universiti, Pak Tua akan berusaha dengan sedaya upaya mencari wang untuk segala perbelanjaan, tertimbun dikais, terbenam diselam.
Maksud : Susah kerana perbuatan orang tua sendiri. Ayat Contoh : Jamaludin yang miskin itu terpaksa menjual semua hartanya untuk membayar hutang arwah bapanya yang suka berjudi itu. Dia tertimpa tulah marhum ayahnya.
Maksud : Kalau menemui jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Ayat Contoh : Apabila rundingan antara India dengan Pakistan tentang isu Kashmir menemui jalan buntu, kedua-dua negara itu patut berusaha untuk mengatasi masalah tersebut, tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri.
Maksud : Pekerjaan atau rundingan yang lekas selesai atau lancar. Ayat Contoh : Pembinaan masjid di kampung itu tertumpang di biduk hilir apabila mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan.
Maksud : Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau mengikut jalan yang salah. Ayat Contoh : Fandi dikatakan tertumpang di biduk tiris kerana tinggal serumah dengan pengedar dadah. Apabila rumah itu diserbu dia turut tertangkap.
Maksud : Ada orang yang menunjukkan kekayaan dan ada pula yang menyembunyikannya. Ayat Contoh : Ramli sering memberitahu kawan-kawannya tentang harta kekayaan miliknya tetapi Salman, iaitu adiknya tidak pernah menceritakan harta miliknya, terung buah bergantung, lobak buah berlindung.