Terpecah Peluh Di Muka
Maksud : Sangat malu. Ayat Contoh : Terpecah peluh di muka Fayhsal apabila terjatuh dari basikal di hadapan rakan-rakannya.
Maksud : Sangat malu. Ayat Contoh : Terpecah peluh di muka Fayhsal apabila terjatuh dari basikal di hadapan rakan-rakannya.
Maksud : Kecewa dalam cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan sahaja. Ayat Contoh : Bidang Bimbingan dan Kaunseling sangat saya minati tetapi sejak menjawat jawatan kaunselor sekolah, terlalu banyak kerenah pihak atasan yang terpaksa dihadapi sehingga dirasakan jawatan itu seperti terpegang di abu hangat sahaja.
Maksud : Sangat gelisah kerana sesuatu perkara. Ayat Contoh : Zawawi terpijak bara hangat apabila diberitahu bahawa rumahnya akan dirobohkan kerana kawasan itu akan dijadikan tapak perindustrian.
Maksud : Berbuat jahat, jahatlah balasannya. Ayat Contoh : Jeneral Zuning yang telah membunuh dan bertindak kejam terhadap jutaan rakyat Kemboja akhirnya mati dalam keadaan penuh kehinaan. Begitulah kalau terpijak benang arang, hitam tapak.
Maksud : Jangkaan yang tidak tepat menyebabkan rasa kecewa. Ayat Contoh : Dominic melaburkan wang yang banyak kerana menyangka bahawa syarikat itu kukuh, malangnya syarikat itu telah bankrap dan pelaburannya hilang begitu sahaja. Dia seperti tersabung akan induk ayam.
Maksud : Terselamat atau terpelihara daripada bahaya besar. Ayat Contoh : Apabila Melaka membuat hubungan persahabatan dengan China, Siam tidak berani lagi mengganggu dan negeri itu pun terseberang pada air besar.
Maksud : Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. Ayat Contoh : Apabila Tok Penghulu datang berkunjung ke pondok buruk mereka, anak-anak Mat Budin kelihatan tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang kerana takut dan malu.
Maksud : Habis ikhtiar sehingga tiada upaya lagi. Ayat Contoh : Alias telah tersesak padang ke rimba kerana tidak mampu memulihkan perniagaannya yang muflis itu setelah semua hartanya tergadai.
Maksud : Lekas berasa hati. Ayat Contoh : Kawan-kawan sangat berhati-hati jika mahu berseloroh dengan Hassan yang sangat mudah tersinggung lebih bak kena.
Maksud : Usaha yang sia-sia. Ayat Contoh : Pak Munir telah menghabiskan wang yang banyak untuk memulihkan anaknya yang ketagihan dadah, namun usaha itu bagai tertanam di biji hampa kerana anaknya itu telah kembali menagih.