Timur Bertukar Ke Barat

Maksud : Telah bertukar haluan. Ayat Contoh : Disebabkan terlalu sedih dan marah akan kezaliman sultan terhadap saudarnya, Hang Tuah, Hang Jebat telah bertukar haluan daripada seorang yang taat kepada penderhaka, timur bertukar ke barat.

Tinggal Gigi Dan Lidah Saja

Maksud : Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan atau kecurian. Ayat Contoh : Azizi hanya tinggal gigi dan lidah saja apabila perniagaanya yang bermodalkan jutaan ringgit itu mengalami kerugian.

Tinggal Nadi

Maksud : Perihal orang yang sedang sakit tenat Contoh Ayat : Apabila pasukan ambulans tiba di tempat kemalangan itu, semua mangsa kemalangan hanya tinggal nadi.

Tinggal Sehelai Sepinggang

Maksud : Habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dalam perniagaan. Ayat Contoh : Kebakaran besar yang berlaku di kawasan setinggan itu menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana kebanyakan mereka tiada di rumah ketika kejadian.

Tinggal Tulang Dengan Kulit

Maksud : Sangat kurus tubuhnya Contoh Ayat : Kemarau panjang yang berlaku di wilayah pedalaman itu menyebabkan kebanyakan binatang ternakan tinggal tulang dengan kulit kerana kekurangan air minuman dan sukat untuk mendapatkan makanan.

Tinggi Banir Tempat Berlindung

Maksud : Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya; setiap hal yang istimewa itu ada faedahnya asalkan tahu untuk menggunakannya. Contoh Ayat : Nabi Nuh diketawakan oleh umatnya yang derhaka kerana membina kapal di atas bukit tetapi apabila berlaku banjir besar, kapal itulah yang telah digunakan baginda dan para pengikut untuk menyelamatkan diri, … Read more

Tinggi Dianjung Besar Diambak

Maksud : Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan disanjung. Contoh Ayat : Sultan Mahmud Syah mula memerintah Melaka ketika masih kanak-kanak lagi tetapi baginda menjadi mulia kerana ditaati oleh para pembesar yang jauh lebih tua, tinggi dianjung besar diambak.

Tinggi Dianjung Besar Dipupuk

Maksud : Kebesaran yang dibuat-buat atau kemuliaan yang tidak murni. Ayat Contoh : Raja itu sebenarnya orang kebanyakan yang telah merampas kuasa tetapi telah dianggap sebagai raja sebenar oleh rakyat yang takut kepadanya, tinggi dianjung besar dipupuk.

Tinggi Disusupi, Rendah Dilangkahi

Maksud : Segala halangan diatasi sehabis upaya. Ayat Contoh : Usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan pengedaran VCD dan pita video lucah sentiasa menemui halangan tetapi tinggi disusupi, rendah dilangkahi demi menyelamatkan generasi muda mengalami keruntuhan moral.

Tinggi Duduk Daripada Cangkung

Maksud : Besar belanja daripada hasil pencarian. Contoh Ayat : Akibat terlalu menurut kehendak isterinya yang suka hidup mewah, Hadi tinggi duduk daripada cangkung dan terpaksa berhutang di sana sini.