Seperti Telur Dua Sebandung, Pecah Satu Pecah Kedua-Duanya
Maksud : Orang yang bersatu hati. Ayat Contoh : Kedua-dua orang sahabat karib yang sama-sama merantau ke negeri orang itu bersikap seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah kedua-duanya.
Maksud : Orang yang bersatu hati. Ayat Contoh : Kedua-dua orang sahabat karib yang sama-sama merantau ke negeri orang itu bersikap seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah kedua-duanya.
Maksud : Berserak-serak tidak keruan. Ayat Contoh : Buah-buahan di dalam gerai itu seperti tembatu dibelah kerana dilanggar oleh sebuah kereta.
Maksud : Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. Ayat Contoh : Johan memang tidak boleh dipercayai kerana apa-apa sahaja rahsia yang diketahuinya akan disebarkan kepada semua orang. Mulutnya seperti tempayan bocor.
Maksud : Orang yang berasa hampa dan kecewa kerana tidak mendapat apa-apa yang diharapkan. Ayat Contoh : KJ membeli saham syarikat itu ketika harganya tinggi dengan harapan nilainya akan meningkat tetapi dia seperti tikus jatuh ke roman apabila harga saham itu menjunam dan akhirnya dia mengalami kerugian yang besar.
Maksud : Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. Ayat Contoh : Man bekerja keras mengumpulkan wang untuk meminang Minah tetapi dia seperti tikus masuk roman apabila lamarannya ditolak mentah-mentah oleh ibu bapa Minah yang kaya itu.
Maksud : Orang tua yang hidupnya melarat. Ayat Contoh : Pejuang kemerdekaan yang telah beberapa kali dipenjarakan oleh penjajah itu hidup mengemis di kaki lima gudang-gudang yang tersergam itu. Tiada sesiapa pun yang mengambil tahu akan hal dirinya atau cuba memberikan bantuan. Dia kini seperti timba buruk.
Maksud : Orang yang berbuat sumbang dengan orang yang dikawal atau dijaganya. Ayat Contoh : Orang yang seperti toman makan anak sepatutnya dijatuhi hukuman yang seberat-beratnya supaya tiada lagi orang lain yang akan mengikut jejak langkah sumbang tersebut.
Maksud : Berselerak dan tidak terurus. Ayat Contoh : Mak Cik Senang memarahi anaknya, Aiman kerana bilik tidurnya seperti tongkang pecah.
Maksud : Nasihat yang baik itu tidaklah berguna kepada orang yang memang jahat. Ayat Contoh : Ustaz Kamarul tidak jemu-jemu menasihati anak saudaranya itu agar meninggalkan kerja mencuri itu tetapi tidak pernah diendahkan. Nasihat itu seperti tulis di atas air sahaja.
Maksud : Orang yang merah mukanya. Ayat Contoh : Muka Viviana yang putih melepak itu seperti udang direbus setelah dia berjemur di pantai itu.