Umpat Dan Puji Tidak Pernah Bercerai
Maksud : Selama ada umpat selama itu ada puji. Contoh Ayat : Oleh sebab kita hidup bermasyarakat, kita tidak dapat lari daripada kata-kata serta pandangan orang, umpat dan puji tidak pernah bercerai.
Maksud : Selama ada umpat selama itu ada puji. Contoh Ayat : Oleh sebab kita hidup bermasyarakat, kita tidak dapat lari daripada kata-kata serta pandangan orang, umpat dan puji tidak pernah bercerai.
Maksdu : Sesuatu janji yang tidak ditepati. Contoh Ayat : Sebelum berkahwin dahulu, Najib memberikan pelbagai janji yang manis kepada bakal isterinya tetapi setelah berumah tangga, janji itu hanya unjuk yang tiada diberikan.
Maksud : Sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud. Ayat Contoh : Mak Aini memang seorang yang pandai berkata-kata tetapi fikirannya kurang siuman dan tidak boleh berkira bicara, untuk tabuh singkat, untuk genderang panjang.
Maksud : Orang yang banyak penanggungnya. Ayat Contoh : Walaupun bergaji besar, namun keluarga Anwar tidak dapat bersenang-senang seperti orang lain kerana anaknya ramai dan semuanya masih bersekolah, untung bagai untung kapas.
Maksud : Nasib manusia berputa-putar turun dan naik. Ayat Contoh : Usahlah terlalu menekan pekerja bawahan ketika menjadi orang besar kerana pada suatu hari nanti mungkin ada antara pekerja itu pangkatnya akan lebih tinggi daripada kamu kerana untung sebagai roda pedati.
Maksud : Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah. Ayat Contoh : Dalam kehidupan kita di dunia ini janganlah terlalu khayal akan kemewahan kerana pada bila-bila masa sahaja harta kekayaan itu boleh lesap, untung sepanjang jalan, malang sekejab mata.
Maksud : Orang kaya yang bertambah kaya Ayat Contoh : Harta milik orang kaya yang bernilai jutaan ringgit itu telah digunakan untuk melabur dalam perniagaan. Hal ini menambahkan lagi kekayaannya, untut bertambah kulitnya.
Maksud : Mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjangan; pekerjaan yang dibuat lambat-lambat atau terhenti-henti padahal boleh dibuat lekas. Ayat Contoh : Hamzah mengatakan bahawa dia malas untuk menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Amir kerana mesyuarat itu biasanya unyai bak hujan pagi.
Maksud : Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. Ayat Contoh : Tiada seorang pun anak Syed Hakim yang boleh diharapkan kerana semuanya nakal dan membebankan ibu bapa. Bak kata orang, upah bidan pun tak terbayar.
Maksud : Nasib sial atau malang. Ayat Contoh : Pak Kaduk mempunyai ayam yang bertuah tetapi setelah terpaksa menukarkan ayamnya dengan raja, dia terpaksa pula menggadaikan kampung dan kehilangan seorang isteri, upah diterima, kerbau pincang.