Seperti Udang Direbus
Maksud : Orang yang merah mukanya. Ayat Contoh : Muka Viviana yang putih melepak itu seperti udang direbus setelah dia berjemur di pantai itu.
Maksud : Orang yang merah mukanya. Ayat Contoh : Muka Viviana yang putih melepak itu seperti udang direbus setelah dia berjemur di pantai itu.
Maksud : Bengkang-bengkok tidak beraturan; menggeliang-geliut kerana terlalu marah. Ayat Contoh : Walaupun jalan menuju ke Taman Kinabalu bengkang-bengkok seperti ular kena palu tetapi pemandangan di sekitarnya sungguh menyenangkan.
Maksud : Melupakan kebaikan orang kepadanya. Ayat Contoh : Khairulamin dikatakan seperti ulat lupakan daun kerana setelah mendapat kerja yang bergaji besar dia tidak lagi pulang ke kampung untuk mengunjungi bapa saudara yang pernah memeliharanya.
Maksud : Menyerah dan menurut. Ayat Contoh : Puak yang tewas dalam peperangan itu seperti unta menyerahkan diri kerana terpaksa akur akan semua tuntutan yang dibuat oleh pihak lawan.
Maksud : Yang tua mati dulu daripada yang muda. Ayat Contoh : “Mengikut adat, orang tua seperti atuk akan pergi dulu seperti upih jatuh. Oleh itu, kamu semua yang masih muda inilah yang akan mengambil alih kerja-kerja di sawah dan di kebun itu,” pesan Tok Dalang kepada cucu-cucunya.
Maksud : Orang yang tidak teguh memegang janjinya; selalu berubah-ubah. Ayat Contoh : Maznah tidak mempercayai Zizan lagi kerana pemuda itu suka berdalih dan tidak menepati janji. Dia seperti yu kia-kia, kepala yu ekor pari.
Maksud : Membiak dengan cepat. Ayat Contoh : Penduduk di negara miskin yang kecil itu berkembang biak seperti sepesan anak-beranak, anaknya beranak pula kerana dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah penduduknya meningkat berjuta-juta orang.
Maksud : Biarpun banyak menerima pertolongan orang ketika majlis perkahwinan, namun yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakan kenduri tersebut. Ayat Contoh : Pak Yunus mendapat bantuan tenaga daripada saudara-mara untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya tetapi dia masih menanggung belanja yang besar untuk membeli peralatan dan lauk-pauk. Baginya sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga … Read more
Maksud : Seorang yang bersalah tetapi seluruh kaum keluarganya dihukum. Ayat Contoh : Setelah ternyata bahawa fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja itu datangnya daripada Kitul dan Raja Mendeliar, Sultan Mahmud memerintahkan agar kedua-duanya termasuk seluruh ahli keluarga mereka dibunuh. Tindakan baginda itu seperti seruas tebu yang berulat sebatangnya dibuang.
Maksud : Siapa yang berbuat salah, dia sahajalah yang patut dihukum. Ayat Contoh : Sepatutnya Sultan Mahmud menghukum Kitul dan Raja Mendeliar sahaja kerana mereka yang bersalah. Anak dan isteri mereka yang tidak berkaitan tidak perlu dizalimi sebegitu rupa kerana seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan.