Tak Ada Lalat Langau
Maksud : Tiada sesiapa pun. Ayat Contoh : Setibanya di rumah, Fadilah berasa hairan kerana rumahnya sunyi sepi seperti tak ada lalat langau.
Maksud : Tiada sesiapa pun. Ayat Contoh : Setibanya di rumah, Fadilah berasa hairan kerana rumahnya sunyi sepi seperti tak ada lalat langau.
Maksud : Tiada pekerjaan yang tidak berbahaya. Ayat Contoh : Setiap pekerjaan yang dilakukan mempunyai risiko yang tersendiri kerana tak ada laut yang tak berombak.
Maksud : Tentu ada sebabnya sesuatu perkara itu terjadi. Ayat Contoh : Kalau tidak ada apa-apa sebab tidak mungkin suami Zaiton itu selalu pulang lewat malam dan sering marah-marah pula kerana tak ada ribut masakan pokok bergoyang. Aku rasa tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Maksud : Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengerjakan sesuatu yang pasti diperoleh. Ayat Contoh : Usah tergesa-gesa untuk berkahwin dengan gadis itu sebelum mendapat kerja tetap, bukankah dia sudah menjadi tunangmu dan sanggup menunggu, tak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia.
Maksud : Orang bodoh tidak akan dapat melawan orang yang pandai. Ayat Contoh : Kalau jahil tentang hukum-hukum agama, usahlah berdebat dengan ulama yang sudah penuh ilmu di dada kerana tak akan terlawan buaya menyelam.
Maksud : Mendapat kesusahan kerana mencampuri urusan orang lain. Ayat Contoh : Ummi Salmiah melihat kesusahan kawannya yang banyak anak itu kerana mereka tidak dipedulikan oleh suaminya. Kini dia pula terpaksa membela anak-anak kawannya itu, begitulah kalau tak beban batu digalas.
Maksud : Tidak mempunyai kepandaian atau kemahiran untuk ditunjukkan kepada orang. Ayat Contoh : Maimunah mengatakan bahawa dia tak berberas untuk ditanak apabila kawan-kawannya meminta dia mempersembahkan sebarang bakat dalam pesta keramaian itu.
Maksud : Sangat sombong dan memandang rendah terhadap orang lain. Ayat Contoh : Disebabkan anak-anaknya mempunyai kelulusan dari luar negara, Puan Hasnah sentiasa memandang rendah kepada orang lain yang merupakan lulusan universiti tempatan, tak berpucuk di atas enau.
Maksud : Tidak ada maksud yang tersembunyi. Ayat Contoh : Saya menolong keluarga miskin itu semata-mata dengan keikhlasan, tanpa mengharapkan apa-apa balasan, tak berudang di balik batu, tak berorang di balik aku.
Maksud : Selalu bertelingkah. Ayat Contoh : Sejak berselisih faham tentang harta pusaka, kedua-dua beradik itu tak boleh bertemu roma. Kalau bersua pasti berlaku pertengkaran.