Tanam Lalang Takkan Tumbuh Padi

Maksud : Perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat juga. Ayat Contoh : Hamzah tidak pernah memberikan nafkah atau mengambil tahu tentang anak-anaknya menyebabkan mereka membiarkannya menghabiskan masa tua di rumah kebajikan itu kerana tanam lalang takkan tumbuh padi.

Tanam Tebu Di Bibir Mulut

Maksud : Manis kata-kata untuk memujuk atau memuji dengan suatu maksud. Ayat Contoh : Penjual insurans itu memang suka tanam tebu di bibir mulut kerana dia menjanjikan pelbagai kemudahan kepada setiap pembeli polisi tetapi selepas banyak pelanggan membeli polisi itu, dia tidak menghiraukan kebajikan mereka lagi.

Tangan Bagai Lipas Kudung

Maksud : Perihal orang yang rajin atau cepat bekerja. Ayat Contoh : Walaupun hari raya sudah hampir, namun Zafira masih menerima tempahan baju kurung kerana dia mempunyai beberapa orang pekerja yang tangan bagai lipas kudung.

Tangan Mencengkang Bahu Memikul

Maksud : Bekerja keras. Ayat Contoh : Nelayan yang menggunakan bot kecil terpaksa bekerja keras sebelum tiba musim tengkujuh kerana ketika laut bergelora mereka tidak dapat pergi ke laut, tangan mencengkang bahu memikul.

Tangan Penat Memerah, Pasu Mendapat Santannya

Maksud : Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang mendapat nikmatnya. Ayat Contoh : Orang-orang tua kita yang berhempas-pulas meneroka kawasan ini tetapi para pendatang yang kaya itu senang-senang sahaja datang membina kedai dan gudang mereka, tangan penat memerah, pasu mendapat santannya.

Tangan Yang Celaka, Kerja Jatuh

Maksud : Beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yang tidak senonoh. Ayat Contoh : Akibat kedua-dua orang anaknya terlibat dalam penagihan dadah dan gejala sosial, akhirnya Encik Mubarak gagal menjadi wakil rakyat kerana ditolak oleh pengundi-pengundi di kawasannya, tangan yang celaka, kerja jatuh.

Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Boleh Menggegar Dunia

Maksud : Perempuan yang lemah lembut dan penyayang itu boleh memberi suatu kejutan yang luar biasa kepada masyarakat di dunia. Ayat Contoh : Qurazon Aquino hanyalah suri rumah tangga seperti wanita lain juga tetapi setelah suaminya dibunuh, dia telah bergiat aktif dalam politik dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim Marcos serta menjadi Presiden Filipina, tangan yang … Read more