Sekali Bekas Kena, Dua Kali Bekas Tahu, Tiga Kali Baru Jera

Maksud : Sekali terkena tipu, dua kali sudah tahu, dan selepas itu tidak mungkin tertipu lagi.

Ayat Contoh : Sejak Mak Senah tertipu oleh seorang jurujual barangan elektrik yang datang ke rumahnya, dia tidak lagi membenarkan mana-mana jurujual masuk ke rumahnya. Baginya sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera.