Sekali Dipatuk Ular, Tali Pun Ditakutkannya Juga

Maksud : Orang yang telah menderita kesusahan, maka dia akan berhati-hati dalam semua gerak-gerinya.

Ayat Contoh : Rakyat golongan minoriti di negara itu telah lama ditindas oleh pemerintah. Walaupun kini pemerintah telah bertukar namun mereka tidak mahu memberi kepercayaan kerana menganggap pemerintah sekarang sama dengan pemerintah dulu, sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga.