Takkan Lebih Pucuk Daripada Pelepah Rapat Ke Batang

Maksud : Percakapan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan berbanding dengan kata-kata rakyat biasa.

Ayat Contoh : Raja itu lebih mempercayai pembohongan menteri itu dan mengetepikan pengaduan rakyat jelata tentang kejahatan menteri tersebut kerana takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.