Maksud : Kesukaran sesuatu kerja tidak menghalang seseorang itu terus mengerjakannya untuk mencari nafkah.
Ayat Contoh : Anwar tahu bahawa pekerjaannya sebagai penebang pokok di syarikat balak itu berbahaya tetapi demi mencari nafkah untuk keluarga, dia sanggup menghadapi risiko, takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.