Terlampau Lurus, Kurus, Terlampau Cerdik, Terkedek

Maksud : Hendaklah pandai-pandai membawa diri dalam pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik).

Ayat Contoh : Dalam situasi kerja, sudah menjadi perkara biasa bahawa orang yang terlalu jujur akan diperguna habis-habisan oleh orang atasan atau rakan sekerja, manakala yang terlalu cerdik dan bijak bercakap akan dikenakan sekatan menyebabkan kerjanya menjadi sukar, terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik, terkedek.