Terlangsung Perahu Boleh Balik, Terlangsung Cakap Tak Boleh Balik

Maksud : Sebelum bercakap hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik.

Ayat Contoh : Rushdan telah melafazkan talak tiga kepada isterinya, kemudian dia berasa amat kesal kerana tidak berfikir panjang ketika melafazkannya. Walau bagaimanapun, terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.