Maksud : Tiada sesiapa pun yang dapat menentukan untung nasib seseorang itu.
Ayat Contoh : Najib yang hidup merempat itu tiba-tiba menjadi kaya apabila tanahnya yang sekangkang kera itu dibeli dengan harga yang tinggi oleh sebuah syarikat perlombongan kerana disahkan mengandungi emas. Itulah yang dikatakan orang, tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa tahu?