Tuah Kerbau Gemuk, Tuah Lumbung Berisi, Tuah Manusia Semuafakat

Maksud : Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lumbung kerana isinya (kalau berisi padi), keunggulan manusia kerana muafakatnya.

Ayat Contoh : Kemajuan yang dicapai oleh negara kita sekarang disebabkan oleh rakyatnya yang bersatu padu dan bermuafakat dalam menjaga keamanan, tuah kerbau gemuk, tuah lumbung berisi, tuah manusia semuafakat.