Tiada Berbau Telunjuk Saya

Maksud : Menyatakan tidak percaya kepada sesuatu cerita atau khabar. Ayat Contoh : Yahya mengatakan bahawa tiada berbau telunjuk saya kerana cerita tentang makhluk asing mendarat di bumi tidak masuk akal.

Tiada Berbulu Lagi

Maksud : Tidak berharta atau apa-apa kelebihan. Ayat Contoh : Semenjak usahanya untuk memulihkan perniagaan yang rugi itu gagal, Zafrul sudah tiada berbulu lagi dan terpaksa menumpang hasil pendapatan isterinya.

Tiada Berluluk Mengambil Cekerau

Maksud : Mengambil untung dengan tidak perlu bersusah payah. Ayat Contoh : Para pelabur saham amanah itu tiada berluluk mengambil cekerau kerana mereka hanya perlu menunggu dividen pada setiap tahun yang semakin meningkat.

Tiada Berorang Di Air

Maksud : Perempuan yang belum bersuami tetapi telah rosak. Ayat Contoh : Sekembalinya daripada perantauan dengan wang yang cukup untuk persediaan perkahwinannya, Zaid berasa sangat kecewa apabila mengetahui tunangnya itu sudah tiada berorang di air.

Tiada Biduk Karam Sebelah

Maksud : Apabila seseorang mendapat kesusahan, tentu kaum keluarganya turut merasai dan ikut menolong. Ayat Contoh : Apabila Che Hanum terlantar sakit, kaum keluarganya akan turut merasai penderitaan keluarga itu dan memberi pertolongan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka tiada biduk karam sebelah.

Tiada Buruk Yang Tak Elok

Maksud : Tiada perselisihan yang tidak dapat diselesaikan. Ayat Contoh : Saya yakin bahawa perbalahan antara Zakiah dengan Halimah tidak akan berpanjangan kerana tiada buruk yang tak elok.

Tiada Dapat Dua Keris Di Dalam Satu Sarung

Maksud : Tidak mungkin seorang perempuan bersuami dua dalam satu waktu. Ayat Contoh : Meskipun dia sangat mencintai Azam, namun dia tidak dapat menerima lelaki itu kerana dia sudah berumah tangga. Dia tahu bahawa tiada dapat dua keris di dalam satu sarung.

Tiada Hilang Bisa Ular Dik Menyusur Akar

Maksud : Tidak hilang martabat seseorang yang mulia kerana merendah diri. Ayat Contoh : Hartawan itu tetap kaya dan dimuliakan orang meskipun dia suka bergaul dengan orang-orang kampung yang miskin kerana tiada hilang bisa ular dik menyusur akar.

Tiada Lukah Yang Kenyang Oleh Air

Maksud : Tabiat manusia yang tidak puas akan nikmat yang diperolehnya. Ayat Contoh : Anak-anak orang kaya itu telah menerima harta yang banyak hasil peninggalan arwah ayah mereka tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan berebut sesama sendiri. Itulah yang dikatakan, tiada lukah yang kenyang oleh air.

Tiada Membesarkan Diri

Maksud : Tidak dapat membantu keluarga kerana keperluan diri sendiri pun tidak mencukupi. Ayat Contoh : Sanusi tiada membesarkan diri apabila tidak mampu untuk membantu ibu bapa dan adik-adiknya yang sangat memerlukan wang kerana anaknya sendiri banyak dan pendapatannya pula kecil.