Tidur Tak Lelap Makan Tak Kenyang

Maksud : Orang yang bersusah hati kerana banyak yang difikirkan. Contoh Ayat : Zailah mula tidur tak lelap makan tak kenyang apabila memikirkan peperiksaan SPM yang kian menjelang sedangkan dia belum membuat persediaan.

Timbangan Berat Sebelah

Maksud : Tidak adil. Contoh Ayat : Pemimpin yang memerintah secara timbangan berat sebelah akan mewujudkan sebuah negara yang huru-hara kerana ada rakyatnya yang tidak berpuas hati.

Timur Beralih Ke Sebelah Barat

Maksud : Lelaki atau suami yang menurut sahaja kata wanita atau isteri. Ayat Contoh : Mumtazah memberitahu bahawa abangnya baru berkahwin tetapi sudah menjadi timur beralih ke sebelah barat sehingga tidak mempedulikan ibunya yang sudah tua.

Timur Bertukar Ke Barat

Maksud : Telah bertukar haluan. Ayat Contoh : Disebabkan terlalu sedih dan marah akan kezaliman sultan terhadap saudarnya, Hang Tuah, Hang Jebat telah bertukar haluan daripada seorang yang taat kepada penderhaka, timur bertukar ke barat.

Tinggal Gigi Dan Lidah Saja

Maksud : Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan atau kecurian. Ayat Contoh : Azizi hanya tinggal gigi dan lidah saja apabila perniagaanya yang bermodalkan jutaan ringgit itu mengalami kerugian.

Tinggal Nadi

Maksud : Perihal orang yang sedang sakit tenat Contoh Ayat : Apabila pasukan ambulans tiba di tempat kemalangan itu, semua mangsa kemalangan hanya tinggal nadi.

Tinggal Sehelai Sepinggang

Maksud : Habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dalam perniagaan. Ayat Contoh : Kebakaran besar yang berlaku di kawasan setinggan itu menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana kebanyakan mereka tiada di rumah ketika kejadian.

Tinggal Tulang Dengan Kulit

Maksud : Sangat kurus tubuhnya Contoh Ayat : Kemarau panjang yang berlaku di wilayah pedalaman itu menyebabkan kebanyakan binatang ternakan tinggal tulang dengan kulit kerana kekurangan air minuman dan sukat untuk mendapatkan makanan.

Tinggi Banir Tempat Berlindung

Maksud : Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya; setiap hal yang istimewa itu ada faedahnya asalkan tahu untuk menggunakannya. Contoh Ayat : Nabi Nuh diketawakan oleh umatnya yang derhaka kerana membina kapal di atas bukit tetapi apabila berlaku banjir besar, kapal itulah yang telah digunakan baginda dan para pengikut untuk menyelamatkan diri, … Read more