Rumah Gedang Bersendi Perak
Maksud : Orang bangsawan dan kaya pula. Ayat contoh : Sharsham dan adik-adiknya bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang mempunyai harta yang banyak pula, rumah gedang bersendi perak.
Maksud : Orang bangsawan dan kaya pula. Ayat contoh : Sharsham dan adik-adiknya bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang mempunyai harta yang banyak pula, rumah gedang bersendi perak.
Maksud : Tiada sesuatu yang tiada cacat celanya. Ayat contoh : “Kalau mencari orang sempurna dari pelbagai segi untuk menjadi setiausaha engkau, sampai bila-bila pun engkau terpaksa bekerja sendirian kerana rumah mana yang tidak bersampah,” kata Syafiq kepada rakan baiknya.
Maksud: Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan. Ayat contoh : Setelah rang undang-undang itu diluluskan menjadi akta, maka banyak pihak memberi pelbagai ulasan dan teguran tentang perkara itu bagai rumah sudah, pahat berbunyi.
Maksud : Hukuman yang telah diputuskan tidak dapat diganggu lagi. Ayat contoh : Apabila mahkamah rayuan menolak permohonan pembunuh itu untuk meringankan hukuman gantung sampai mati terhadapnya, maka kekallah hukuman tersebut tanpa dapat diubah lagi seperti rumah sudah, tukul dibunuh.
Maksud : Apabila negara ditimpa bencana, penduduk daripada negara asing pun keluar meninggalkannya. Ayat contoh : Ketika Taiwan dilanda gempa bumi yang dahsyat pada akhir abad ke-20, penduduk asing yang terdiri daripada pekerja, pelajar, atau pelawat keluar beramai-ramai meninggalkan negara itu. Bak kata orang, rumah terbakar tikus habis keluar.
Maksud : Orang yang tinggal sendirian menjadi tumpuan percakapan. Ayat contoh : Zunita memberitahuku bahawa dia sering menjadi perhatian dan dijadikan bahan umpatan orang walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Begitulah kalau rumah tinggal sarang hantu, rumah bujang sarang fitnah.
Maksud : Selalu bersatu hati dalam segala hal. Ayat contoh : Kita adik-beradik janganlah mudah melatah oleh sebab perkara-perkara yang kecil. Marilah hidup rumpun bagai serai, seliang bagai tebu.
Maksud : Perihal hidup miskin dan melarat. Ayat contoh : Banyak keluarga di kawasan pedalaman itu hidup melarat seperti runcing telunjuk memalit sambal lada. Oleh itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu ada usaha yang berkesan untuk membantu mereka.
Maksud : Nampak gagah berani tetapi sebenarnya penakut. Ayat contoh : Penjajah Inggeris yang memerintah beberapa kawasan di Asia Tenggara itu dikatakan seperti rupa harimau hati tikus kerana apabila digertak oleh Jepun mereka terus menyerahkan wilayah yang sedang diperintah itu.
Maksud : Sesuatu yang belum pasti diperoleh tetapi sudah mereka-reka kegunaanya Ayat contoh : John baru sahaja menghantar borang pertandingan yang menawarkan hadiah sebuah rumah tetapi dia telah memberi notis keluar dari rumah yang disewanya kerana begitu yakin akan memenangi rumah itu. Dia diibaratkan seperti rusa di hutan, kancah sudah terjerang.