Seperti Jentayu Menantikan Hujan
Maksud : Orang yang sedang rindu akan sesuatu (kekasih). Ayat Contoh : Setelah Halim merantau untuk mencari wang hantaran, tunangnya tertunggu-tunggu di kampung seperti jentayu menantikan hujan.
Maksud : Orang yang sedang rindu akan sesuatu (kekasih). Ayat Contoh : Setelah Halim merantau untuk mencari wang hantaran, tunangnya tertunggu-tunggu di kampung seperti jentayu menantikan hujan.
Maksud : Hati yang hancur kerana berdukacita. Ayat Contoh : Setelah bersungguh-sungguh menjaga kehormatan diri ketika menjadi tawanan raja Siam, Puteri Saadung pulang ke Kelantan untuk bersama-sama Raja Abdullah. Tetapi hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu apabila mendapati suaminya itu telah berkahwin lain.
Maksud : Keadaan seseorang yang terlompat-lompat kerana kegembiraan. Ayat Contoh : Beberapa orang pelajar yang sedang menanti keputusan PMR di pejabat sekolah itu seperti kacang direndang apabila mengetahui mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
Maksud: Perihal perempuan yang pada zahirnya baik tetapi berbuat jahat secara diam-diam. Ayat Contoh: Johara memang benar-benar tidak sangka bahawa Kosma yang nampak baik itu sanggup menceritakan perkara yang bukan-bukan tentang dirinya kepada orang lain. Kosma seperti kain dalam lipatan.
Maksud : Perkara yang amat sukar untuk diselesaikan; harus sabar serta berhati-hati untuk menyelesaikannya. Ayat Contoh : Perbalahan antara semua anak dan menantu Pak Salleh kerana berebut harta pusaka sudah menjadi seperti kain kasa di atas duri. Oleh itu, orang yang mahu mendamaikan mereka perlulah bersabar dan bertindak dengan berhati-hati.
Maksud : Kesakitan yang amat sangat. Ayat Contoh : Tok Ziyad memberitahu kami bahawa dia pernah dicabut kuku kaki dan tangannya oleh tentera Jepun. Rasanya amat sakit seperti kambing dikuliti hidup-hidup.
Maksud : Ternganga sahaja tanpa menyertai dalam perbincangan. Ayat Contoh : “Tiada gunanya Fatih dilantik untuk mengetuai kita kalau dia seperti kancah ditawar,” kata Munir kepada rakan-rakannya.
Maksud : Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik. Ayat Contoh : Rozita bukan sahaja seorang perempuan yang lemah lembut tetapi gaya jalannya seperti kapal tiga tiang, lancar dan teratur langkahnya.
Maksud : Putih bersih dan amat putih. Ayat Contoh : Saadiah baru mencecah usia empat puluh tahun tetapi rambutnya sudah putih seperti kapas dibusur.
Maksud : Perihal seseorang yang tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau menolong saudara-mara dalam kesusahan. Ayat Contoh : Umat Islam di seluruh dunia yang prihatin terhadap saudara seagama di Chechnya yang dizalimi oleh tentera-tentera Rusia merasakan diri mereka seperti kapur di hujung telunjuk kerana tidak mampu membantu.