Seperti Murai Dicabut Ekor
Maksud : Seseorang yang becok mulutnya. Ayat Contoh : Sudah menjadi kebiasaan, kalau Puan Su, Mak Esah, dan Mak Cik Aini bertemu, keadaan pasti menjadi riuh-rendah kerana mereka seperti murai dicabut ekor.
Maksud : Seseorang yang becok mulutnya. Ayat Contoh : Sudah menjadi kebiasaan, kalau Puan Su, Mak Esah, dan Mak Cik Aini bertemu, keadaan pasti menjadi riuh-rendah kerana mereka seperti murai dicabut ekor.
Maksud : Perihal seseorang yang dalam keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan. Ayat Contoh : Farid kelihatan seperti ombak membanting diri kerana hutangnya yang banyak itu.
Maksud : Sindiran kepada orang yang pemalu. Ayat Contoh : Ernie meleteri anak bujangnya yang pemalu seperti orang berak di tengah jalan sehingga menziarahi sanak saudara yang sakit pun dia enggan.
Maksud : Berada dalam kesukaran. Ayat Contoh : Setelah kematian suaminya, Melur seperti orang buta kehilangan tongkat kerana selama ini dia dan anak-anaknya bergantung hidup semata-mata kepada arwah suaminya itu.
Maksud : Tidak tentu hala atau tidak duduk diam kerana gelisah. Ayat Contoh : Setelah mendapat tahu bahawa anaknya yang belajar di London mendapat kemalangan, Misran dan isterinya bergelisah seperti orang kecabaian.
Maksud : Sangat pucat. Ayat Contoh : Budak yang mabuk laut itu sudah beberapa kali muntah dan kini dia kelihatan seperti orang mabuk gadung.
Maksud : Orang yang setelah kenyang makan di rumah orang pergi dengan tidak menunggu-nunggu dahulu. Ayat Contoh : Sekiranya menghadiri majlis di rumah orang, jangan seperti pacat kenyang. Selepas makan, kita hendaklah beramah mesra dengan keluarga itu untuk beberapa ketika, sebelum meminta izin untuk pulang.
Maksud : Orang sombong yang tidak berilmu semakin lama semakin tinggi cakapnya. Ayat Contoh : “Misran itu, sudahlah pendidikannya sekerat jalan, bercakap besar dan sombongnya berlebih-lebihan seperti padi hampa, makin lama makin mencongak,” rungut Mak Minah sendirian.
Maksud : Sukar untuk dipisahkan. Ayat Contoh : Meskipun terhalang oleh pelbagai rintangan, namun percintaan antara Laila dan Majnun sudah seperti paku lekat di papan.
Maksud : Tidak tetap pendirian, iaitu berpihak kepada pihak yang kuat. Ayat Contoh : Sikap segolongan pengundi yang seperti panji-panji, ditiup angin berkibar-kibar menyukarkan parti-parti politik meramalkan kemenangan mereka.